Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

Glamping Di Cameron – Mengadap Ladang Teh

0 309

Sebut sahaja Cameron Highlands, pasti semua orang akan tahu kan? Terbaru ianya menjadi tumpuan apabila terdapat penginapan glamping di Cameron.

Tempat percutian yang terkenal ini terletak di tempat yang tinggi. Jadi cuaca di tempat ini cukup sejuk dan nyaman sekaligus menjadikan tanah tinggi ini tumpuan ramai yang gemar datang bercuti waktu cuti sekolah ataupun hujung minggu.

Ladang teh, kebun strawberry dan pelbagai lagi tarikan antara yang ada di Cameron Highlands. Terbaru, Cameron Highlands menyediakan satu lagi tarikan istimewa terutama buat penggemar percutian camping glamour iaitu A Moss Farmstay.

Kandungan

Menarik Tentang Glamping di Cameron

Sumber : Facebook

Tempat glamping ini sangat unik kerana dikelilingi pelbagai tanaman yang subur menghijau. Tanaman-tanaman ini terdiri dari pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Mengindahkan lagi suasana, terdapat buaian kecil yang tersedia untuk digunakan mereka yang datang menginap di sini.

Sangat indah tau suasana glamping di A Moss Farmstay ini!

Lokasi

Sumber : Placefu

Kalau korang plan nak bercuti di Cameron Highland, korang boleh consider untuk menginap ala-ala camping dengan kelengkapan mewah di A Moss Farmstay.

Lokasi glamping ini terletak betul-betul di Pekan Brinchang. Ianya juga sangat dekat dengan Ladang Teh Boh Sungai Palas. Itulah uniknya menginap di A Moss Farmstay, penginapan di tempat yang sejuk sambil menghadap ladang teh yang cukup terkenal di Malaysia.

Seronoknya Glamping di Cameron

Sekiranya korang ingin menginap di sini, korang perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana terdapat 4 buah dome sahaja yang disediakan.

Dome berbentuk separa bulat ini kelihatan cantik dengan suasana pemandangan bumi hijau Cameron Highlands. Pemandangan pada waktu malam lebih memukau apabila langit malam yang gelap berkelipan dihiasi indah bintang-bintang.

Untuk menikmati keindahan malam, korang boleh bersantai di luar dome yang tersedia dengan kerusi ataupun boleh juga mengintai dari dalam melalui ruang tingkap dome yang agak besar. Di tepi dome, kawasan glamping dihiasi indah dengan tanaman bunga yang pelbagai.

Nak bergambar OOTD pun sangat sesuai. Pasti gambar korang akan nampak menarik sekali!

Tengok tempat masuk percuma dan shopping murah Di Cameron Highlands di sini

Penginapan Glamping di Cameron

Di sini korang boleh pilih untuk menginap di dome yang mana satu sesuai dengan bilangan pax korang. Satu dome boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa.

Jika korang datang bertiga, korang boleh pilih dome dengan katil bersaiz king. Untuk korang yang datang 4 orang, pilihlah dome dengan katil jenis bertingkat.

Setiap dome atau tent mempunyai kemudahan yang berbeza mengikut jenis tent yang korang pilih.

Tent untuk 4 orang dilengkapi kemudahan seperti tuala, syampu, sabun, tisu tandas, buah, botol air, tempat BBQ dan banyak lagi. Manakala tent untuk 3 orang pula, kemudahan yang sama seperti tent pertama disediakan kecuali air, buah dan syampu.

Sumber : Facebook

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pengunjung di sini seperti jug elektrik, buai gantung, sofa, katil bersaiz king, meja kayu, lampu tidur, pewangi, plug, wifi, tempat letak kenderaan, CCTV dan banyak lagi.

Kalau korang ingin memasak di sini, terdapat juga pantry yang disediakan untuk korang dapatkan keperluan asas yang diperlukan.

Sumber : wargabiz

Bagi korang yang sukakan pertanian, tempat ini boleh dikatakan port terbaik untuk korang dalami ilmu pertanian. Korang boleh bertanya denga petugas yang sentiasa bersedia memberikan penerangan tentang ilmu pertanian yang betul.

Nak tengok ladang pun boleh tau. Korang tempah sahaja slot lawatan ke ladang yang ada di sini. Pasti ini akan jadi pengalaman bermakna untuk cuti korang kali ini.

Rasailah percutian sambil mendalami dunia pertanian di A Moss Farmstay yang unik dan menakjubkan. Selamat berglamping di Cameron Highlands!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net