Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

Moon Kissed By The River – Berkhemah Di Tepi Sungai Yang Mendamaikan

0 547

Moon Kissed By The River merupakan sebuah kawasan persendirian yang dibangunkan sebagai tapak perkhemahan. Ianya baru dibuka untuk orang ramai pada April 2021 yang lalu.

Kawasan ini boleh dikatakan masih baru dan masih belum ramai lagi yang menyedari akan kewujudannya. Jadi jika korang mencari tempat yang tak ramai bersesak-sesak dan menyeronokkan, tempat ini mungkin antara yang terbaik.

Kandungan

Lokasi

Sumber : Facebook

Terletak di Sungai Semungkis, Hulu Langat dan merupakan sebuah pilihan untuk bercuti yang cukup istimewa. Untuk sampai ke sini hanya perlu pemanduan selama 40 minit dari ibu kota. Bagi warga kota terutamanya, ia memang cukup sesuai bagi yang ingin merehatkan diri dari tekanan kehidupan seharian.

Tarikan di Moon Kissed By The River

Terdapat dua pilihan penginapan jika korang ingin menginap di sini iaitu camping dan glamping.

1- Camping

Bagi yang sukakan cabaran dan aktif beraktiviti, korang mungkin suka dengan pilihan ini iaitu berkhemah.

Untuk aktiviti perkhemahan, korang boleh bawa sendiri khemah atau boleh juga sewa dari pihak Moon Kissed by The River dari harga serendah RM35 untuk dua orang.

Terdapat lebih 30 tapak khemah yang boleh disewa bermula dari harga RM50 untuk satu tapak. Setiap spot tapak ini mempunyai tarikan unik tersendiri. Tapak akan diberi mengikut saiz khemah yang dibawa atau disewa.

Sumber : Facebook

Pakej yang disediakan pula terbahagi kepada dua iaitu camping day trip dan camping overnight.

Untuk menaikkan khemah dan memasak, korang perlu lakukannya sendiri dan bawa peralatan memasak korang sendiri. Fasiliti asas seperti sinki, tandas dan bilik mandi serta port elektrik turut disediakan di tapak perkhemahan ini. Boleh dikatakan cukup lengkap bagi aktiviti perkhemahan seperti di sini.

2- Glamping

MOONKISS GLAMPING pula menyediakan khemah glamping yang lebih besar dan selesa. Ianya seakan-akan penginapan dalam khemah yang mewah. Terdapat dua jenis glamping yang disediakan iaitu Bakawali dan Rafflesia.

Sumber : Facebook

3- Bakawali

Terdapat 3 khemah Bakawali yang ada di sini. Setiap satunya boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa dan dua kanak-kanak. Dilengkapi katil yang cukup selesa, penghawa dingin, kipas, kettle, lampu dang penyangkut baju.

Bakawali 1 & 2 terletak di tepi sungai dengan hammock persendirian.

Untuk warga KL yang nak menikmati kehijauan alam bersama deruan sungai, di dalam dusun buah berkeluasan 5 ekar, boleh pergi ke sini

4- Rafflesia

Sumber : Facebook

Rafflesia pula mempunyai empat pilihan glamping. Setiap satunya mampu memuatkan sehingga 6 orang dewasa dan dua kanak-kanak. Dilengkapi katil empuk, penyejuk udara, kipas, kettle, lampu dan penyangkut baju.

Jika memilih Rafflesia 3 & 4, korang berpeluang untuk menginap di glamping dengan tandas persendirian yang terletak di tepi sungai.

Menariknya di glamping setiap khemah mempunyai BBQ pit, fireplace, kawasan makan dan deck persendirian. Sangat privacy! Jika korang tak pandai nak nyalakan api untuk unggun api atau BBQ, roger saja bantuan dari pihak owner pasti korang akan dibantu.

Setiap tempahan di glamping ini datang dengan sarapan pagi, arang, ais bersama kotak ais dan air mineral.

Aktiviti di Moon Kissed By The River

Jika ke sini, apa yang korang boleh lakukan? Banyak sebenarnya aktiviti menarik yang boleh dibuat sewaktu berehat di sini antaranya mandi sungai. Air sungai yang bersih dan dingin pasti memberikan kesegaran buat korang sewaktu berendam di dalam sungai ini.

Sambil mandi manda di sungai, korang juga boleh bermain bola air bersama anak-anak. Pasti keseronokannya berganda.

Sumber : Facebook

Untuk yang sukakan aktiviti lasak, hiking sambil menikmati keindahan alam semulajadi antara yang boleh korang lakukan di sini.

Penat hiking atau bermain di sungai, korang boleh berBBQ bersama keluarga. Aktiviti wajib bila bercamping ini pasti membuatkan suasana perkhemahan meriah dan ceria.

Sumber : Facebook

Jika datang dalam kumpulan yang besar, korang boleh lakukan aktiviti team building yang mampu memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan saling menguatkan antara satu sama lain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net