Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

6 Homestay Tanjung Karang – Port Lepak Bersama Keluarga Dilengkapi Kolam Renang

0 1,040

Homestay Tanjung Karang antara yang sering menjadi pilihan penghuni kota terutamanya yang datang bercuti mencari ketenangan.

Tambahan pula jika homestay tersebut mempunyai kolam renang. Bukan sahaja dapat berkumpul bersama keluarga, malah dapat juga melakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama-sama. Pasti ikatan kemesraan sesama keluarga menjadi lebih utuh dan kukuh.

Kandungan

Senarai Homestay Tanjung Karang

1. Inap Santai

Homestay Inap Santai ini cukup cantik sekali. Berlatar belakangkan suasana kampung dan reka bentuk rumah kampung yang unik, homestay ini sebenarnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.

Terdiri dari 4 chalet batu dan juga 4 chalet kayu. Korang boleh pilih penginapan yang sesuai mengikut pilihan masing-masing.

Selain unik kerana senibina rumah Melayu klasik yang cantik, homestay ini sering menjadi pilihan pengunjung kerana kemudahannya yang lengkap dan memberikan keselesaan kepada tetamu.

Pakej penginapan di sini disediakan beserta sarapan pagi. So, tak perlu pening kepala fikir tentang nak sarapan di mana.

Homestay ini menyediakan bilik-bilik yang bersih, kolam renang yang selesa serta peralatan barbeku yang lengkap.

Gazebo juga disediakan di persekitaran homestay sebagai ruang untuk tetamu berehat dan bersantai.

Tentang kolam, korang tak perlu risau kerana kedalaman kolam renang disediakan berbeza mengikut peringkat umur. Terdapat kolam untuk dewasa dan kolam untuk kanak-kanak.

Sesuai untuk korang yang berhajat mengadakan aktiviti bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

2. Nur Nilam Homestay Tanjung Karang

Rumah homestay dengan kolam renang ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air peribadi. Terdapat dua katil bersaiz queen disediakan untuk dua bilik pertama, manakala satu katil bujang disediakan untuk bilik yang ketiga.

Kelengkapan seperti televisyen, iron, tuala, selipar dan lain-lain lagi menjadikan homestay ini cukup selesa untuk didiami.

Dapur dengan peralatan yang lengkap turut disediakan.

Kalau rajin, korang boleh memasak menggunakan segala kemudahan yang tersedia. Bukan itu sahaja, tuan rumah juga menyediakan ruangan untuk barbeku.

Lepas berendam di kolam, boleh lah berbarbeku bersama keluarga. Boleh juga beraktiviti mengelilingi sawah padi menaiki trem chelurut.

Keindahan sawah padi yang menghijau bakal meninggalkan kenangan yang cukup segar. Pasti momen ini terbaik dan mampu mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga atau kenalan.

Tidak jauh dari Homestay Nur Nilam ini. terdapat Agro Bazaar Kuala Selangor. Di sini, pengunjung boleh membeli buah tangan yang merupakan prduk-produk berjenama sendiri hasil dari tempatan.

Di sini ada banyak tempat menarik dan memang cantik untuk bergambar. Pastikan bateri kamera penuh ye.

3. Homestay Saari Tanjung Karang

Terletak dalam kawasan pekan Tanjung Karang, homestay ini antara pilihan terbaik untuk mereka yang mencari homestay dengan kolam.

Penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga ini lengkap dengan dua buah bilik berpenghawa dingin.

Setiap bilik mempunyai dua buah katil bersaiz queen. Bilik mandi di homestay ini pula mempunyai mandian air panas.

Bagi menambahkan lagi rasa selesa ketika menginap di sini, pihak owner homestay menyediakan wifi secara percuma sahaja. So, mudah lah untuk korang kekal terhubung dengan talian internet.

4. Dhiya Homestay

Dhiya Homestay menyediakan perkhidmatan yang cukup baik sekali untuk setiap tetamunya. Homestay dengan pemandangan indah ini bukan sahaja lengkap dengan kolam, bahkan ianya sangat selesa sekali.

Dibina dengan binaan 3 unit kabin dan 1 homestay 3 bilik. Sama ada kabin atau homestay, kedua-duanya mempunyai kolam renang tersendiri.

Keluasan satu unit kabin cukup selesa untuk memuatkan dua orang dewasa dalam satu masa yang sama.

Namun, jika korang datang dalam pax yang lebih ramai lagi, homestay adalah pilihan yang sesuai. Keluasannya cukup memberikan keselesaan kepada setiap tetamu.

Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat ketika di sini ialah berbasikal sambil menikmati hijau dan indahnya pemandangan sekitar. Korang tak perlu bawa basikal sendiri, tuan rumah ada sediakan basikal untuk korang sewa sahaja nanti.

Penginapan di sini tidak bersekali dengan makanan tau. Tapi, takpe. Korang boleh tempah dari pihak tuan rumah.

Mereka akan bantu sediakan tempahan makanan untuk korang sepanjang menginap di homestay ini. Katanya, makanan yang disediakan agak sedap!

5. Teratak Tokngah

Homestay ini baru sahaja dikenalkan dan dibuka kepada umum. Terletak di Sunagi Sireh, homestay rumah kayu ini direka bentuk dengan bentuk yang cukup klasik.

Jika mencari penginapan untuk rehat-rehat bersama keluarga, korang boleh datang ke homestay Teratak Tokngah ini.

Ada kolam renang untuk anak-anak bermandi manda. Jika nak lebih thrill lagi, korang boleh terjun dalam parit dekat sawah atau palong yang terletak di depan homestay. Baru real pengalaman bercuti di tepian sawah.

Kalau bercuti tak ada aktiviti barbeku macam tak sah kan? Di Tetatak Tokngah ini pun korang boleh berbarbeku sambil santai-santai bersama keluarga.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan jika korang ke sini pun tak kurang bestnya, korang berpeluang memancing ikan dekat parit sawah depan rumah. Batang pancing tak disediakan ya, so korang perlu bawa sendiri batang pancing.

Kalau nak lebih puas lagi memancing, 5km dari homestay terdapat Sungai Ban Kinal. Bolehlah korang test skill memancing di sungai sana. Pasti seronok kalau dapat tangkap ikan yang pelbagai. Boleh buat lauk untuk berbarbeku tu!

Tentang pilihan makan di sekitar homestay ini, korang tak perlu risau. Banyak kedai makan yang viral seperti Nasi Goreng Melimpah Viral, Mee Udang Banjir dan juga Ketam Merah Kabin.

Tak nak makanan viral? Okay, korang boleh pergi je ke kedai sekitar. Banyak kedai dengan makanan kampung mudah ditemui sekitar homestay. Semuanya pasti menyelerakan.

6. D’Bendang Homestay

D’Bendang Homestay ini sering menjadi pilihan keluarga untuk menetap dan menginap.

Bukan itu sahaja, keunikan homestay dengan gaya rumah kampung yang cantik dan bersih ini menarik perhatian banyak jenama yang menggunakan lokasi rumah ini sebagai latar belakang iklan jenama mereka.

D’Bendang Homestay dilengkapi dengan 3 bilik tidur dengan aircond, ruang tamu dan rehat yang luas, perkakasan dapur yang lengkap, kolam mandi kanak-kanak serta banyak pakej lain yang menarik.

Suasana sawah padi di sekitar kawasan homestay menjadikan ianya cukup indah dengan pemandangan yang menenangkan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net