Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

Tempat Menarik Di Penang – Pulau Mutiara Pilihan Ramai

0 927

Pulau Pinang memang terkenal dengan Pesta Penang yang dianjurkan pada setiap hujung tahun. Kemeriahan pesta di pantai Batu Feringgi ini memang tidak dapat dinafikan lagi. 

Selain daripada itu, banyak lagi tempat menarik di Penang. Anda boleh melawat tempat ini ikut kesesuaian masa bercuti.

Di sini kami kongsikan senarai tempat best yang boleh dikunjungi.

Kandungan

8. Colonial Penang Museum

Di Colonial Penang Museum anda boleh lihat bagaimana gaya hidup dan juga budaya masyarakat baba nyonya pada masa lalu. 

Muzium ini cukup unik kerana apa yang dipamerkan di sini bukan sekadar barang antik lama, tetapi ia juga mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Ada pelbagai koleksi perabut zaman dahulu dipamerkan di sini. Anda akan diberikan penerangan mengenai kisah ataupun sejarah tentang barang-barang yang dipamerkan sepanjang sesi lawatan ke muzium ini.

Sebelum pulang, jangan lupa untuk beli cenderamata barangan antik lama sebagai tanda kenangan!

Alamat: 7, Jalan Ds. Ramanathan Scott RD, Taman Pulau Pinang, Penang

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 am – 6.30 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM12

7. Escape Theme Park

Escape Theme Park adalah taman tema yang penuh dengan aktiviti lasak. Anda yang nak hilangkan stres, wajib berkunjung ke sini. 

Ada pelbagai aktiviti menarik disediakan disini. Antaranya ialah (Adventureplay) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan banyak lagi!

Penat main aktiviti lasak, anda boleh bermandi manda dan main aktiviti air pula. Jangan lupa untuk naik water slider yang tertinggi di situ.

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm

Harga Tiket: 4 – 12 Tahun RM97 | 13 – 60 Tahun RM147 | 61 – 100+ Tahun RM97 (Harga Tiket Lebih Murah Dibeli Online & Lebih Awal)

Sumber gambar : Facebook Escape Theme Park, Penang

6. Hin Bus Depot

Hin Bus Depot sesuai untuk anda yang sedang mencari idea kreatif.Ia memaparkan pelbagai jenis hasil seni kreatif dan ianya sentiasa ditukar. Maksudnya, anda akan mendapat idea-idea baru setiap kali berkunjung ke sini kerana apa yang dipamerkan adalah berbeza (bergantung kepada tempoh masa anda melawat).

Pada hari Ahad, kawasan sekitar Hin Bus Depot akan lebih meriah dengan pelbagai aktiviti. Antaranya jualan barangan kraftangan dan pertunjukan yang menghiburkan jiwa.

Jangan risau kalau berkunjung ke sini, ada banyak kafe atau kedai kopi yang boleh anda singgah untuk hilangkan penat dan lelah. Enjoy sahaja percutian anda di sini!

Alamat: 31A Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang, 10300, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

Harga Tiket: Percuma

Sumber gambar : penangfoodie.com

5. Penang House Of Music

Anda nak belajar tentang sejarah muzik di Penang, inilah tempat yang wajib dikunjungi. Memang unik kerana ia menceritakan tentang sejarah muzik di Pulau Pinang.

Hanya peminat muzik sahaja yang tahu nilainya dan hargai setiap peluh dan keringat dalam menghasilkan karya seni agung.

Selain daripada belajar tentang sejarah, anda juga dapat belajar tentang budaya yang wujud di negeri Pulau Mutiara ini.

Alamat: KOMTAR, L4-02, Level 4, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 8.00 pm) | Kemasukan Terakhir (7.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10

Sumber gambar : klook.com

4. Penang Street Art

Penang Street Art adalah tempat untuk anda lihat kreativiti yang dilakar pada dinding bangunan. Di sini memang ramai pelancong dan masing-masing ambil peluang untuk bergambar dengan lukisan mural yang ada di sini.

Selain itu juga, anda boleh membeli cenderahati di kawasan ini. Jangan lupa untuk kosongkan memori telefon bimbit anda.

Alamat: Bandar George Town, Pulau Pinang.

Sumber gambar : Facebook Penang Street Art

3. TeddyVille Museum

Sebut sahaja teddy bear, anak-anak pasti melonjak riang untuk berkunjung ke sini. Mana kan tidak, semua karakter yang digunakan di dalam muzium ini adalah teddy bear.

Dalam muzium ini ada dua dunia yang di ketengahkan. Dunia teddy bear dan juga sejarah serta budaya Penang. Jadi, memang sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.

Ibu ayah lihatlah sejarah penang dan anak-anak semestinya melihat dunia teddy bear. Muzium ini memang best dan paling unik di Penang!

Alamat: Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM36 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM25

Sumber gambar : Facebook TeddyVille Museum

2. Upside Down Museum

Anda nak rasa kelainan, jom singgah di muzium ini. Semua benda pun terbalik. Anda perlukan daya imaginasi yang tinggi untuk bergambar di sini.

Di sini tak boleh malu, tak boleh segan. Guna apa sahaja kreativiti untuk bergambar dengan props yang ada.

Alamat:  45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi:  Isnin – Jumaat (8.45 am – 6.30 pm) | Sabtu, Ahad (8.45 am – 7.30 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM19 | Kanak-Kanak RM10

Sumber gambar : Facebook Upside Down Museum Penang

1. Chew Jetty

Chew Jetty adalah antara port yang terkenal di kalangan pelancong kerana kemeriahannya. Ada banyaknya rumah terapung yang menjual cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.

Selain itu juga, lukisan ‘Mirrors George Town’ yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic (pelukis Penang Art Street) turut dipamerkan di sini.

Nak lebih menarik, berkunjunglah ke sini pada waktu petang. Anda boleh menikmati indahnya pemandangan matahari terbenam.

Alamat: Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang

Sumber gambar : penang.ws

Jadikan ini kenang-kenangan yang paling indah semasa bercuti di Pulau Pinang.

Andai masa percutian anda terlalu pendek, boleh buat lawatan sekali lagi. Ajak lebih ramai kaum keluarga untuk bercuti bersama. 

Memang banyak tempat menarik di Penang yang jadi tumpuan para pelancong. Kita sebagai rakyat Malaysia, wajib untuk singgah juga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net