10 Tempat Menarik Di Pulau Sentosa Singapura

Banyak tempat menarik di Pulau Sentosa yang boleh diterokai jika datang ke Singapura.

Pulau Sentosa ni sangat dikenali sebagai salah satu destinasi percutian pelancongan pilihan ramai sebelum terkenalnya Universal Studio Singapore. Pernah digelar dengan nama Pulau Belakang Mati.

Ia dikelilingi perairan laut yang cukup indah dan menjadi salah satu pusat peranginan yang sentiasa dikunjungi oleh ramai pelancong dalam dan luar negara.

Jike ke pulau, wajib sedia dan bawa ini. ramai yang menyesal sebab tak bawa.

Korang nak tengok apa yang menarik di Pulau Sentosa? Jom baca artikel kali ini.

Kandungan

Pilihan Tempat Menarik Di Pulau Sentosa

1.  Pantai Siloso atau Pantai Pulau Sentosa

Antara tarikan utama di Pulau Sentosa ini ialah Pantai Siliso. Di pantai ini pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti bermain bola tampar, berkayak, bermain papan luncur, bermandi-manda dan juga berjemur.

Suasana percutian di pantai pasti akan memberikan korang pengalaman percutian yang menarik sekali. Korang harus datang ke sini untuk menikmati pemandangan pantai yang menenangkan.

Nak ke pulau, wajib sediakan benda ini ye. Wajib! Jangan sampai tertinggal, nanti menyesal.

2.  Aquarium Underwater World

Yang nak ke Universal-Studios-Singapore (USS) boleh dapatkan tiket dengan mudah dan cepat di sini

Aquarium Underwater World merupakan akuarium bawah air yang unik. Melalui terowong akuarium sepanjang 272 kaki ini akan memberikan korang pengalaman yang cukup unik.

Korang boleh melihat hidupan marin yang pelbagai termasuk terumbu karang, ikan pari, belut morang, penyu, jerung dan lain-lain.

3. Tempat Menarik Di Pulau Sentosa : Merlion

Merlion merupakan sebuah patung mitos yang sangat popular di Pulau Sentosa. Ikon terkenal Singapura ini berbentuk kepala singa dan berbadan ikan. 

Kepala singa ini membawa maksud yang Singapura sebagai ‘singa’ lautan. Ekor ikan pula adalah gambaran bahawa asal Singapura dari sebuah perkampungan nelayan sebelum ia menjadi semoden sekarang.

Korang boleh naik ke atas patung tersebut melalui eskelator dan melihat sendiri pemandangan dan panorama sekitar tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini.

Baca juga tempat menarik yang wajib singgah di Singapura di sini

4.  Fort Siloso

Fort Siloso dahulunya merupakan sebuah pangkalan tentera British yang terletak di Pulau Sentosa. Ia dibina sebagai benteng pertahanan British dari kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Kini Fort Siloso telah dijadikan sebuah muzium yang unik dan sebahagian daripada resort Pulau Sentosa. Di sini korang berpeluang melihat barang peninggalan British

5.  Cove Waterpark

Jika korang suka dengan permainan air, Cove Waterpark adalah tempatnya. Terdapat 6 gelongsor air yang yang membolehkan korang bermandi-manda dan bermain aktiviti air.

Terdapat hampir 18 aktivti permainan air yang disediakan untuk menaikkan mood teruja korang. Pastikan korang berkunjung ke sini jika datang ke Pulau Sentosa, Singapura.

6.  Tempat Menarik Di Pulau Sentosa : Wings Of Time

Sumber : timeout.com

Wings of Time merupakan sebuah pertunjukan lampu, air pancut dan muzikal yang cukup mempesona. Pertunjukan ini pernah memenangi beberapa anugerah kerana keunikan gaya persembahan yang dipersembahkan kepada penonton.

Seakan berada di dunia magik kerana pertunjukan ini sangat unik, cantik, dilatari dengan kesan api, lampu laser, air pancut, video, muzik dan sebagainya. Menarik!

7. Sentosa 4D Adventureland

Sentosa 4D Adventureland menyediakan pengalaman beraksi d dunia fantasi untuk korang yang sukakan aktiviti fantasi dunia 4D.

Hayati pengalaman yang seakan-akan real. Korang boleh rasakan seperti mendaki sendiri gunung, hutan, berada di kawasan misteri lain dan berlari menyelamatkan diri dari binatang buas yang ganas.

Hebat sungguh teknologi 4D ini!

8.  Sentosa Boardwalk

Sentosa Boardwalk merupakan sebuah jalan berhampiran waterfront yang menggabungkan Pulau Sentosa dengan VivoCity Shopping Mall Waterfront Promenade. Melalui jalan ini, korang boleh melawat kawasan tarikan yang lain seperti Trick Eye Museum, S.E.A., Crane Dance serta banyak lagi.

Selain berjalan kaki, korang juga boleh menaiki basikal sewa yang disediakan. Bolehlah bersiar-siar dan menaiki basikal bersama pasangan atau keluarga. Pusing pula sekeliling kota, pasti menarik!

9. Tempat Menarik Di Pulau Sentosa: Sentosa Skyride Luge

Sumber : timeout.com

Sentosa Skyride Luge menawarkan pengalaman menikmati pemandangan indah dan menarik di Pulau Sentosa Singapura ini.

Ketika berada di puncak, korang boleh menggunakan luge yang disediakan untuk turun semula. Anda akan turun melalui Dragon Trail yang berukuran 688 meter panjangnya.

10. Nature Walk Dragon Trail

Tempat rekreasi dan santai ini dikenali sebagai Nature Walk Dragon Trail.  Di sini, korang boleh menghirup udara segar sambil bersenam dan bersiar-siar.

Amacam? Best bukan 10 tempat menarik di Pulau Sentosa ini? Korang kena pergi tau!

Comments (0)
Add Comment