Bercuti Dalam Kebun Dikelilingi Pokok Buah-buahan

Korang pernah terfikir tak untuk bercuti dalam kebun?

Rupa-rupanya konsep bercuti dalam kebun ini telah mula dipraktikkan oleh The Kebun yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menariknya tentang The Kebun ini ialah ianya merupakan sebuah kebun yang fokus secara khusus untuk tanaman seperti musang king dan juga pisang.

Kandungan

Seronoknya Bercuti Dalam Kebun

The Kebun menawarkan penginapan dengan konsep farmhouse atau rumah kebun. Maknanya korang boleh menikmati penginapan di dalam kebun yang dikelilingi pelbagai jenis tanaman & pokok buah-buahan.

Terdapat 4 biji pilihan farmhouse untuk korang yang berminat nak merasa pengalaman tidur dan bercuti dalam kebun. 4 pilihan farmhouse yang ada diberi nama berdasarkan nama dan jenis durian. Menarik, kan?

Pilihan Penginapan di The Kebun

Tekka


Dengan luas 550 kaki persegi dan dilengkapi tandas serta dapur di luar bersama meja kopi yang menghadap Mini Amazon, Tekka boleh disewa dengan harga RM250/malam. Tekka boleh memuatkan sehingga 5 orang dewasa.

Dibina dengan konsep terbuka, decking balau dan ruang tertutup yg 50% berdindingkan kaca pasti memberikan korang pengalaman baru yang mendamaikan.

Farmhouse di sini boleh memuatkan antara 5 hingga 30 orang dalam masa yang sama. Harga dan saiz farmhouse juga berbeza mengikut keluasan dan keunikan binaan farmhouse tersebut. Korang kalau nak buat aktiviti group binding atau family day pun sesuai tau di sini.

Yang mana mencari homestay di Kuala Pilah boleh tengok sini ye

D-24 Sultan

Luas D-24 Sultan ini ialaj 700 kaki persegi. Farmstay ini mempunyai rekabentuk dalaman “Loft” dengan double volume ceiling high mengadap “Mini Amazon” dan kandang rusa.

Sebagai hiburan untuk anak-anak yang datang bertamu, ianya dilengkapkan dengan mini pool bagi keseronokan anak-anak berendam. Terdapat deck atau pelantar yang luas mengadap kolam. Boleh lah korang bersama keluarga berehat sambil memancing. Dari segi gambaran keluasan ianya boleh memuatkan 8 orang tetamu dan amat sesuai untuk keluarga.

Musang King

Farmstay yang dinamakan sebagai Musang King ini berkeluasan 700sqft dengan rekabentuk dalaman bertingkat dengan 2 bilik yg berasingan bawah dan atas. Di bahagian tingkat atas korang bakal disajikan dengan pemandangan panorama “Mini Amazon”.

Seperti mana D-24 Sultan, Musang king juga boleh memuatkan kira-kira 8 orang tetamu dalam satu masa. Bilik-biliknya yang berkonsepkan dorm memudahkan korang sebagai tetamu menginap di sini. Jangan lupa, kolam renang dan dek pelantar juga ada tau.

BlackThorn

Farmhouse BlackThorn ini sedikit kecil berbandang farmhouse sebelumnya. Dengan luas 550 kaki persegi, ianya dilengkapkan dengan loteng yang mempunyai 3 katil single, tandas dan dapur di bahagian luar serta kolam renang yang mesra kanak-kanak.

Sepanjang penginapan di sini, korang boleh merasakan tenang sekali di kelilingi deretan pokok buah-buahan asal seperti durian, rambutan, cempedak dan nangka yang dikekalkan sebagai menghargai suasana asal kebun ini.

Mini Amazon

Bagi menghidupkan suasana di dalam kebun yang mendamaikan, pemilik kebun ini mengambil langkah membina kolam panjang seakan-akan sungai dan dinamakan sebagai Mini Amazon. Asalnya, di dalam kawasan The Kebun ini tidak mempunyai sungai. Mini Amazon sebenarnya merupakan sungai buatan.

Sekumpulan kawanan itik nila dibiarkan bebas merayau dan berterbangan. Pelbagai spesis ikan juga dilepaskan untuk berenang-renang dalam kolam dan yang paling best korang boleh memancing di kolam tersebut!

Nak jadikan kawasan ini lebih menarik, pemilik The Kebun ada memelihara sekandang rusa Temonrensis di hujung Mini Amazon. Kandang tersebut khabarnya menempatkan lebih kurang 50 ekor termasuk 8 ekor anak rusa yang sedang membesar.

Tentang keselamatan, korang tak perlu bimbang kerana ianya dilengkapi dengan sistem CCTV dan pagar elektrik bervoltan rendah yang bertujuan melindungi pengunjung dari ancaman binatang buas dari luar.

Selain berpeluang menikmati pengalaman kehidupan di dalam kebun, bermacam-macam aktiviti lain juga korang boleh lakukan ketika di sini antaranya bermandi-manda di jeram Tengkek yang terletak kira-kira 5km dari The Kebun, hiking dan bergambar di Wave Rock Baginda dan juga jalan-jalan cari makan di sekitar Bandar Kuala Pilah.

Menurut pemilik The Kebun, buat masa ini The Kebun hanya menerima tempahan untuk setiap hujung minggu sahaja. Jadi kalau korang nak datang habiskan masa hujung minggu di farmstay kebun, bolehlah berkunjung ke The Kebun, Kuala Pilah.

Comments (0)
Add Comment