Nak Bercuti Di Krabi? 5 Hotel Best Dan Menarik Di Sini

Bercuti di Krabi kini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Ianya menjadi pilihan salah satu aktiviti ketika musim cuti panjang.

Pulaunya yang indah, air laut yang jernih serta pemandangan yang mempesonakan. Membuatkan Krabi acapkali menjadi pilihan pelancong yang ingin menikmati kecantikan alam semulajadi di sini.

Jika korang berhasrat ke sini, kami bawakan untuk korang pilihan lima hotel di Krabi yang mungkin boleh dipertimbangkan!

Kandungan

5 Hotel Terbaik Untuk Bercuti di Krabi

1. Sea Seeker Krabi Resort

Sea Seeker Krabi Resort ini terletak 10 minit berjalan kaki dari Pantai Ao Nang dan juga Pantai West Railay. Walaupun sedikit jauh dari pantai, tapi pemandangan dari hotel ini tak kurang cantiknya.

Hotel yang agak baru dan berkonsepkan moden ini bertambah cantik dengan pemandangan laut dan juga gunung ganang. Pemandangan yang sangat menenangkan dan mendamaikan.

Sumber : tripadvisor

Biliknya juga bersih dan luas. Sangat selesa dengan katil bersaiz king yang empuk.

Sumber : tripadvisor
Sumber : tripadvisor

Antara sebab mengapa kebanyakan pelancong suka sangat dengan hotel ini ialah kerana ianya mesra kanak-kanak. Kalau korang datang ke Krabi bersama keluarga dan anak-anak, hotel ini antara yang paling sesuai sekali.

2. Banyan Tree Hotel

Sumber : tripadvisor

Hotel ini mempunyai 72 suite dan villa yang lengkap dengan kolam persendirian setiap satu. Dihias dengan dekorasi yang cantik dan mewah.

Pemandangan laut dan hijau hutan tropika menjadikan hotel ini istimewa dalam kelasnya yang tersendiri.

Sumber : tripadvisor

Kelengkapan dalam suite dan villa juga sangat cantik, moden dan bercitarasa tinggi.

Kalau korang nak berehat sambil manjakan diri, di hotel ini ada sediakan spa bertaraf dunia untuk korang. Pelbagai jenis rawatan yang sesuai dengan keperluan pengunjung terdapat di sini.

3. Ban Sainai Resort

Sumber : tripadvisor

Ban Sainai Resort dinamakan sempena nama kampung tempatan dahulu kala daerah Aonang, di wilayah Krabi. Resort yang indah ini menggabungkan konsep moden kontemporari dan juga tradisional.

Persekitarannya sangat bersih dan mendamaikan. Sedikit jauh dari pantai. Nak ke pantai? Korang boleh naik tuk tuk atau pun berjalan kaki menikmati pemandangan sekitar.

Lebih kurang 15 hingga 20 minit korang akan sampai ke kawasan pantai.

Sumber : tripadvisor

Ban Sainai Resort ini mempunyai resort yang agak luas. Dengan tilam yang empuk, korang pasti dapat berehat puas-puas di sini.

4. The Pavilions Anana Krabi

Sumber : tripadvisor

Sebuah resort yang dikenali dengan jolokan ‘An Ecological Resort’ kerana konsep mesra alamnya. Kedudukannya sedikit tersorok di sebalik keindahan tebing batu kapur Krabi dan lembah hutan yang damai.

Sumber : tripadvisor

Reka bentuk hotel ini agak unik. Bagi pencinta alam semulajadi, memang korang akan terasa sangat dekat dengan alam bila menginap di sini.

Selain bersih dan mempunyai dekorasi menarik, bilik di resort ini juga luas. Jika korang datang sekeluarga, bilik untuk keluarganya mampu beri korang keselesaan yang optimum.

Memandangkan konsep resort ini yang mesra eko, terdapat kebun tanam-tanaman yang boleh dipetik khas untuk masakan dan hidangan di resort ini. Segar dari ladang gitu!

5. Dusit Thani Krabi Beach Resort

Merupakan resort depan pantai yang menjadi kegemaran pelancong terutamanya dari Barat.

Sumber : tripadvisor

Pantainya putih bersih, lautnya hijau kebiruan. Ditambah dengan hijau pepohon di sekeliling resort menjadikannya sangat cantik sekali.

Sumber : tripadvisor

Bilik juga luas dan selesa sekali. Bilik airnya selain luas, ianya juga cukup mewah dengan kelengkapan jakuzi.

Sumber : tripadvisor

Di sini pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan seperti berkayak, rock climbing, menyelam dan juga snorkeling.

Selain itu korang juga boleh berspa dan bersenam di gym resort. Cukup lengkap percutian korang di sini dengan fasiliti yang tersedia.

Kat Malaysia pun ada resort dan pulau ala-ala maldives tau. tengok kat sini

Comments (0)
Add Comment