Muzium Kesenian Islam Malaysia – Masuk Tanpa Bayaran

Ramai yang tak sedar tentang kewujudan Muzium Kesenian Islam di negara kita.

Kuala Lumpur menempatkan banyak muzium seperti Muzium Negara, Muzium Ilusi, Muzium Polis Diraja Malaysia, Muzium Seni Kraft Orang Asli dan Muzium Telekom.

Sumber: albukharyfoundation

Satu lagi muzium yang wajib korang lawati ialah Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 7,000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam serta dianggap muzium terbaik di Malaysia.

Ia dibina oleh hartawan negara iaitu Tan Sri Syed Bukhari dan dibuka pada 12 Disember 1998.

Sumber: havehalalwilltravel

Sejak 25 Jun 2022, Muzium Kesenian Islam Malaysia telah membuka pintunya secara percuma kepada semua pelawat.

Ia sebagai inisiatif kepada korang supaya melangkah masuk ke muzium ini untuk menghayati dan menghargai sejarah serta khazanah Islam.

Pada masa kini sedang berlangsung Pameran Mini Kaligrafi Islam sempena menyambut 20 tahun kolaborasi bersama Persatuan Seni Khat Kebangsaaan (PSKK).

Sumber: islamicartsmagazine

Sepanjang pameran ini berlangsung, pelbagai program dan bengkel menulis tulisan khat disusun untuk menarik kehadiran korang.

Malah muzium menyediakan peralatan untuk mempelajari kaligrafi Islam. Kepada korang yang minat tulisan kaligrafi Islam jangan lepaskan peluang ini.

Serentak berlangsung juga ialah pameran ’14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World’.

Ia mempersembahkan sejarah 14 dinasti dan empayar yang muncul selepas kewafatan Rasulullah SAW dan perkembangan jajahan Islam dari Africa Utara hingga ke Asia Tenggara.

Sumber: mutualart

Selain dua pameran semasa dia atas, korang sentiasa boleh mengunjungi 12 galeri utama yang diklasifikasikan mengikut jenis artifak di tingkat 1 dan 2.

Di tingkat 1, korang pastinya akan kagum melihat kemasyhuran sejarah budaya Islam di Galeri Quran dan Manuskrip, Galeri Seni bina Islam, Galeri India, Galeri Cina dan Galeri Melayu.

Sumber: aromasian

Korang teruskan melangkah ke tingkat 2 di mana ia menempatkan galeri-galeri senibina dan pertukangan Islam berasaskan fabrik, barangan kemas, besi, kayu, seramik, senjata dan perisai serta kaca Islam purba.

Sumber: aromasian.com

Siapa kata muzium membosankan untuk kanak-kanak?

Di Muzium Kesenian Islam Malaysia, anak-anak korang boleh berhibur di perpustakaan kanak-kanak seperti membawa buku-buku fiksyen dan non-fiksyen, membuat aktiviti kraftangan, ‘stroy-telling’ dan mainan interaktif.

Sumber: albukharyfoundation

Jangan lepaskan peluang melihat artifak yang tidak dipamerkan di tempat lain seperti model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda. Ya! Jangan tak percaya!

Sumber: travelerindonesiablog

Sebelum pulang, korang singgahlah di kedai cenderahati dan beli beberapa kraftangan atau pun rantai kunci berukir dan bercirikan seni Islam.

Jarang-jarang dapat jumpa cenderahati unik sebegini ditempat lain tau.

Sumber: myrokan

Sementara kemasukan tanpa bayaran ini masih dibuka sehingga Oktober 2022, ambillah kesempatan ini membawa anak-anak dan keluarga mengenali lebih dalam pengetahuan kesenian Islam.

Comments (0)
Add Comment