7 Tempat Menarik Di Pulau Indah Selangor

Adakah korang sedang mencari tempat menarik untuk dilawati di Pulau Indah?

Pulau yang terletak di Daerah Klang, Selangor ini pernah dikenali sebagai Pulau Lumut. Pulau ini menempatkan lebih 20,000 penduduk secara keseluruhannya. 

Kalau korang nak tahu, pelabuhan terbesar di Malaysia iaitu Pelabuhan Klang terletak di Pulau Indah ini.

Pulau ini dihubungkan ke tanah Semenanjung Malaysia melalui dua buah jambatan.

Sebelum kawasan ini pesat dibangunkan, banyak pokok paya bakau yang tumbuh subur mengelilingi persekitaran pulau.

Namun, demi pembangunan dan kemajuan industri pokok-pokok tersebut telah banyak ditebang dan dibuang.

Meskipun begitu, Pulau Indah masih lagi tetap menarik untuk dikunjungi.

Jika korang sebelum ini tak pernah terfikir untuk ke Pulau Indah, kali ini kami di www.cutiviral.com akan bawakan kepada korang tentang istimewanya Pulau Indah. Mana tahu boleh buka mata korang nak datang berkunjung ke sini suatu hari nanti!

Kandungan

Senarai Tempat Menarik Di Pulau Indah

1.  Pantai Acheh

Sumber : Google

Cantik dan memukau sekali pemandangan di Pantai Acheh ini. Korang yang melihatnya pasti akan berasa tenang dan damai sekali. Kalau korang bersama keluarga nak datang ke pantai ini untuk beriadah pun sangat sesuai.

Bermacam-macam aktiviti yang korang boleh lakukan seperti berkelah dan berkhemah. Dikatakan ada juga yang datang ke pantai ini untuk bermandi manda.

Korang juga boleh melakukan aktiviti lain yang agak mencabar seperti parasailing dan tak lupa juga aktiviti memancing.

2.  Tempat Menarik Di Pulau Indah; Port Klang Cruise Centre

Sumber : Crew Centre

Tempat ini selain dikenali sebagai Port Klang Cruise Centre, ia juga terkenal dengan panggilan lain iaitu Glenn Cruise Terminal.  Ianya merupakan sebuah terminal yang canggih. Lebih menarik, di terminal ini korang boleh melihat pelbagai jenis kapal mewah yang datang melayari melalui kawasan ini.

Seronok tau, boleh berangan menaiki kapal mewah. Mana tahu suatu hari nanti korang betyul-betul berpeluang melayari pelayaran bersama kapal mewah tersebut. Oh, bestnya!

Ada banyak lagi Kedai makan sedap di Klang, boleh tengok di sini ye

3.  Pulau Indah Food Station

Pulau Indah Food Station adalah salah satu tempat yang menyajikan pelbagai jenis makanan menarik lagi menyelerakan. Paling glamer di sini ialah kuih tart yang sering menjadi kegilaan penggemar kuih tart.

Korang yang suka makan kuih tart, kalau ke Pulau Indah jangan lupa singga ke sini tau!

4.  Restoran Rahmat Tan

Sumber : Foodpanda

Restoran Rahmat Tan ini merupakan sebuah restoran masakan Cina Muslim yang halal dan sering dikunjungi oleh pelanggan berdekatan.

Ianya terletak di Laguna Park, Pulau Indah. Antara menu utama restoran ini ialah masakan Cina dan seafood. Bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam ianya dibuka untuk pengunjung menjamu selera.

5.  Pasar Ikan Pulau Indah

Sumber : World Orgs

Selalunya ramai yang datang ke Pulau Indah untuk pengalaman memancing ikan dan hidupan laut lainnya. Kalau korang tak minat memancing tapi masih nakkan ikan segar dari laut untuk dibawa pulang, korang boleh singgah ke Pasar Ikan Pulau Indah.

Antara yang dijual di sini adalah ikan, udang, ketam dan macam-macam lagi. Harganya pula sangat berpatutan dan berbaloi sekali.

Geng Klang yang nak beli ikan siap siang dan basuh boleh tengok di sini ye

6.  Jeti Nelayan Sungai Kembong

Sumber : foursquare

Port kegemaran kaki pancing pada waktu hujung minggu. Datang ke sini, korang bukan sahaja boleh memancing tapi boleh juga melihat aktiviti yang biasanya dilakukan oleh para nelayan.

Menarik juga dapat melihat aktiviti nelayan seperti menangkap hasil laut, menjala dan sebagainya. Pemandangan pun juga agak menarik.

7.  Rumah Rakit Tok Wan Kampung Teluk Nipah; Tempat Menarik Di Pulau Indah

Sumber : Facebook

Rumah Rakit Tok Wan Kampung Teluk Nipah ini letaknya di jeti nelayan Kampung Teluk Nipah. Boleh dikatakan ianya salah satu tarikan yang menarik orang ramai datang ke Pulau Indah.

Nak ke pulau, pastikan bawa ini ye

Terdapat tiga buah unit rumah rakit yang ada dan diberi nama yang agak unik seperti Rakit Ania, Rakit Senangin dan Rakit Sembilang.

Rakit Ania dan Rakit Senangin lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik rehat, ruang memasak (dapur), tandas, peralatan barbeku dan juga bekalan elektrik solar. Untuk korang yang tidak mahu memancing, korang boleh berehat di ruang anjung yang disediakan. Bolehlah korang tenangkan fikiran sambil berehat di atas rumah rakit ini.

Setakat pembacaan kami, Rakit Sembilang pula dikatakan masih dalam proses pembinaan. Nanti dah siap pasti akan beri lebih banyak peluang bagi yang inginkan pengalaman belayar dia atas rumah rakit.

Amacam, boleh tahan menariknya juga kan Pulau Indah ini. Sekiranya korang inginkan pengalaman bercuti yang mungkin rare, boleh lah datang ke sini. Pasti takkan menyesal.

Comments (0)
Add Comment