7 Masjid Tercantik Di Dunia

Artikel kali ini kami bawakan tentang 7 masjid tercantik di dunia. Masjid seperti yang kita semua tahu merupakan pusat ibadah bagi umat Islam.

Kalau korang perasan, masjid di kebanyakan negara mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga memukau perhatian pengunjung dan orang ramai. Kecantikan seni bina masjid-masjid ini sering menjadi tarikan untuk pelancong dari luas khususnya datang berkunjung ke sesuatu tempat.

Kandungan

Senarai Masjid Tercantik di Dunia

Berikut kami kongsikan 7 senarai masjid tercantik pilihan kami :

1- Masjidil Haram, Mekah

Siapa saja yang tak tahu tentang Masjidil Haram yang terletak di Tanah Haram Mekah? Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia dan dianggap sebagai tempat suci paling penting bagi umat Muslim.

Masjid yang dibina melingkari Kaabah ini sangat cantik dan unik sekali. Bangunannya sangat menakjubkan dengan atap hijau emerald yang besar.

Dikatakan masjid ini dapat menampung hingga 4 juta jamaah dalam satu waktu. Menjadi tumpuan satu dunia terutamanya ketika musim haji.

Sumber : okezone.com

2- Masjid Nabawi, Madinah

Sumber : unsplash.com

Masjid Nabawi merupakan tempat kedua yang paling suci bagi umat Muslim setelah Masjidil Haram. Masjid yang cantik ini terletak di Madinah.

Bangunan masjid ini memiliki kubah hijau dan putih yang indah, dan dikelilingi oleh taman dan tempat pemakaman orang-orang suci Islam.

3- Masjid Sheikh Zayed, Dubai

Sumber : klook.com

Masjid Sheikh Zayed merupakan salah satu masjid terbesar di dunia dan terletak di Abu Dhabi. Ianya dibina dari marmar putih dan hiasan emas.

Cantik sangat tau masjid ini dengan 82 buah kubah yang indah dan memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.

4- Masjid Putra, Malaysia

Okay, masjid nan satu ini rasanya tidak perlu diperkenalkan kepada korang semua. Kalau korang nak tahu, masjid yang menjadi simbol kebesaran agama Islam di Malaysia ini merupakan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara dan terletak di Putrajaya.

Masjid ini memiliki bumbung dengan ilham senibina dari Maghribi. Pemandangannya yang menghadap ke Danau Putrajaya menambahkan lagi keindahan pemandangan masjid ini.

Sumber : Malaysia.Travel

5- Masjid Istiqlal, Indonesia

Sumber : Okezone

Masjid Istiqlal ini terletak di Jakarta, Indonesia dan merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Bumbung masjid ini yang seakan-akan menyerupai payung menjadikan masjid ini tampak sangat indah.

Keluasan masjid ini khabarnya boleh menampung sehingga 120,000 jemaah dalam satu-satu masa.

6- Masjid Hagia Sophia, Turkiye

Sumber : Ohbulan

Pada awalnya, masjid ini dibangunkan sebagai gereja pada abad ke-6. Hagia Sophia kemudiannya diubah menjadi masjid pada abad ke-15 dan dijadikan muzium pada tahun 1935.

Masjid ini dihiasi indah dengan kubahnya yang megah dan dipenuhi dengan rekabentuk dan senibina yang cantik sekali.

Sumber : Tripadvisor

7- Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Masjid ini diiktiraf sebagai salah satu masjid terindah di dunia. Dibina pada tahun 1958 dan memiliki kubah emas yang menarik perhatian mata yang memandang.

Di sekitarnya pula dihias indah dengan hiasan batu-bata berwarna-warni. Cantik sangat!

Nah, menarik kan masjid yang kami senaraikan kali ini? Kalau korang berluang melancong ke mana-mana negara di mana terletaknya masjid-masjid ini, jangan lepaskan peluang berkunjung ziarah ke masjid-masjid ini tau!

Comments (0)
Add Comment