Mango’s Park Port Dickson – Rasai Pengalaman Tidur Dalam Bilik Tiub Konkrit

Port Dickson yang terletak Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan banyak tempat menarik untuk dilawati terutamanya di hujung minggu dan semasa cuti sekolah.

Berbaloi bercuti di Port Dikcson kerana selain popular dengan pantai-pantainya, ia juga terkenal dengan makanan-makanan viral seperti nasi ayam pasu dan banyak lagi.

Sehari sahaja tak cukup nak berkunjung ke pelbagai tempat.

Sekurang-kurangnya perlu menginap untuk berehat kan?

Korang akan mula terbayang nama hotel atau resort yang korang biasa dengar dan memulakan rancangan untuk menentukan tempat bermalam.

Sumber: fb mangos park port dickson

Apa kata kali ni korang bermalam kat Mango’s Park Post Dickson.

Lokasinya di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson, dan hanya 2km dari Pantai Port Dickson menyeberangi jalan.

Sumber: mangosparkportdickson

Dengan serendah RM100, korang boleh pilih mana-mana daripada 4 jenis bilik penginapan di sini.

Korang boleh pilih ikut kesesuaian percutian sama ada bersama keluarga, backpackers malah berkumpulan.

Tempat ni unik sebab korang tidur dalam dalam tiub konkrit.

Bukan sebarang tiub, tapi siap dengan katil untuk 2 orang, penghawa dingin, bekalan elektrik untuk korang caj telefon bimbit.

Dekorasi pun bukan calang-calang.

Sumber: expedia

Dua daripada empat jenis bilik penginapan di sini menggunakan tiub konkrit.

Nama bilik tiub ni ialah Gegelung House Hotel. Bilik air dan tandas disediakan di bahagian luar dan digunakan secara berkongsi.

Kalau korang seorang yang claustrophobia yakni sejenis yang fobia dengan tempat sempit, cubalah korang cabar fobia korang tu. Mungkin korang terleka sebab bilik tiub ni selesa sangat.

Sumber: expedia

Satu lagi jenis penginapan yang disediakan ialah bilik dormitry.

Ini sangat sesuai untuk keluarga besar atau backpackers sebab boleh memuatkan sehingga 4-12 pax. Ada katil bujang, katil queen dengan kemudahan air cooler, kipas dan penghawa dingin (untuk dormitri 4 pax).

A Frame House pula merupakan bilik berbentuk segi tiga yang lebih private.

Sumber: fb mangos park port dickson

Harga bilik penginapan yang ditawarkan adalah bersama pakej sarapan pagi.

Sumber: fb mangos park port dickson
Sumber: fb mangos park port dickson

Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini ialah menangkap ketam, night walk, team building, paintball dan sukan air seperti menaiki banana boat, water rafting, berkayak dan jet ski.

Sumber: YouTube
Sumber: fb mangos park port dickson

Mango’s Park Port Dickson ini juga dekat dengan lokasi tarikan lain seperti Muzium Tentera Darat, Pantai Tanjung Biru, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang, Rumah Terbalik, PD Ostrich Show Farm, Alive 3D Art Gallery, Kota & Muzium Lukut dan banyak lagi.

Korang boleh klik link di sini untuk tempahan terus dengan Mango’s Park Port Dickson. Dan klik di sini pula untuk tunjuk arah lokasi.

Dah sampai ke PD tu, boleh lah belanja family makan sedap sambil jalan-jalan di sini

Comments (0)
Add Comment